Sunday, August 03, 2014

Cincin cantik dalam bekas kaca.

Januari lalu,
aku jumpa cincin cantik dalam bekas kaca. Aku cuba pada jari aku, cantiknya terletak. Makin aku tertambat.
Aku cuba tanyakan harganya. Mahal juga. Boleh lah kalau aku kumpul sedikit demi sedikit. Sikit hari lagi mungkin boleh sarung pada jari aku. Tunggu aku ya cincin cantik.

Dua minggu kemudian,
masih ada cincin cantik dalam bekas kaca.
Sekali lagi aku cuba pada jari. Eh cantiknya,masih sama kilau permata nya.
Belum ada lagi orang lain yang bertanya tentang cincin ini. Lega hati aku. Aku yakin,aku lah tuan cincin tu. Sabar ya.

Sebulan kemudian.
Masih ada cincin cantik dalam bekas kaca.
Sekali lagi aku cuba pada jari. Tetap sama cantiknya, sinar pantulan cahaya. Senyum aku,senyum gembira. Rapuh hati aku, penjual itu berkata,cincin cantik ada yg lain berkenan. Juga sama macam aku. Terlalu suka akan cincin cantik.

Dua bulan kemudian.
Ah,masih ada cincin cantik. Barangkali orang lain itu tak jadi mahukan cincin cantik. Cincin cantik masih milik aku.
Masih tetap ada di situ,tunggu aku.

Bulan jun,
Aku pergi lagi kedai cincin cantik. Ha,cincin cantik sudah tiada. Mana cincin cantik? Siapa ambil, bawa pulang mana? Cincin cantik dah dibeli orang lain.

Sungguh-sungguh aku menyukai cincin cantik,
sungguh-sungguh orang lain menyukai cincin cantik.
Sungguh-sungguh aku ingin memilikinya,
sungguh-sungguh juga orang lain mahu memilikinya.
Silap aku, leka menjaga tak bersama usaha. Untung orang lain, bila dah mahu terus usaha upaya. Luluh aku lihat cincin cantik sudah tiada, orang lain gembira bawa cincin cantik bersama.

No comments:

Post a Comment

ape? nak komen ye,silakan! :D